Skip to main content

2R - Redha - Respect

Assalamualaikum..

Hi Momot's!

Sejak2 ada Comot Junior ni busy sedia.. Kadang-kadang nak mandi pon tak dan..
tu orang kata pengorbanan sorang mak.. bagi anak mandi wangi-wangi.. mak tak mandi pon takpa..kehkehkeh..

terbukak jugak hati nak update bukanlah kenapa..
Mr Cimot merungut..

"Abang rindu la nak baca blog ayg.. tolong merapu belasah abg mcm dulu2 bleh x?"

kuikuikui,..feeling..omaigadd !! blog ceq ada pembaca setia thauuuu(kasi sengau lebih sikit)
fensan sat..perasan tahap gaban.. erkk


Life selepas dua taun lebih kawin ni n lepas ada Dikmot (Comot + Cimot = Dikmot) sibuk gila..
balik rumah Dikmot merap merap (merengek) nak dukung..Mr Cimot pulak.. jeling jeling kot tepi.. asyik2 Dikmot ja.. hahaha

Dikmot pon pandai jeles jugak.. kalau p picit2 kaki daddy dia, mula la tinggal semua mainan buat bunyi2 mintak perhatian.. hai la kesayangan-kesayanganku .. rasa bahagia bila ada yang sayang kan?
Alhamdulillah..

Bab rumah bersepah xboleh kata apala.. nasib bek la Mr Cimot tak berkira.. nampak lantai macam ada habuk2 sikit.. dengan rela hati p sapu.. angin kipas slow, cari kain panjat kerusi lap.. kadang-kadang aku terasa jugak.. macam tak patut ja somi nk buat semua tu

"abg takyah buat.. nanti ayg boleh buat tu semua.. "
"takpala.. kita sama-sama keja.. ayg letih, abg pon letih.. sama-sama la kita kemas.. baru adil"
deep........tacing gilos..

dulu heran, apa pasai rumah dia tu dia ni sepah-sepah ja..
haa lani tau la.. tak dan weyy.. balik- balik kerja layan Dikmot mau sampai pukul berapa..
nak masak lagi, pasai depa kata nak mengorat somi kena bg makan apa yg kita masak..kihkih
tak sedap pon takpala.. aku tengok Mr Cimot bila pon aku masak telan ja sampai kenyang.. tak penah tolak tepi. kadang-kadang aku tau, aku masak tak berapa nak best.. pasai tekak ngn mulut aku makan pon rasa errr...sabaq sajalaa...  tapi beliau tetap makan tanpa buat muka "yerkkk..xdap pon!! nak muntah! nak muntah!" what u expect more, dear Wife?? :)


ada sorang kawan.. mai cerita kat aku baru berkenalan dengan sorang mamat nih..
dia kata family dia dah cari sorang calon, tapi dia tak berkenan.. hati suka kat mamat yg sorang ni..
aku cakap dari sudut pemahaman aku lah sepanjang berumah tangga tingkap pintu semua nih..

 "nak kawin kena ada rasa REDHA dengan pasangan kita.. "

bercinta punya masa.. semua hampa nak yang suweeeettttt ja..aku pon macam tu..impian melangit baq hanggg...senang cerita, kita tetapkan sendiri apa pasangan kita kena jadi..??

aku nak muka dia ensem & lawa..
nak dia bersih & wangi sentiasa..
nak rambut pacak2.. takmau botak.. tak mau rambut panjang..
aku nak dia beli aku hadiah bunga rose banyak2 tiap2 sebulan sekali..
nak dinner romentik..
nak rantai mas seminggu sekali..eh melampau betoiii..kuikuikui..
nasib ceq xsuka barang mas.. :P
pendek kata nak semua perfect ikut apa yang kita impikan! NO!
tu salah..

tak boleh tak boleh..
bila dah kawin, takkan boleh elak dari kelai (gaduh/bertengkar).. takkan boleh..!
harmoni macam mana pon.. sayang macam mana pon.. cinta gila-gila sekali pon..
mesti akan ada satu masa jadi salah paham.. merajuk.. marah.. bebai..

PASAIPA?..
kita dua orang yang berbeza nak kongsi hidup sekali..simple..
adik beradik satu darah pun susah nak paham.. so??

Redhala..
ajar hati kita redha dengan kekurangan dan kelebihan suami/isteri yang kita pilih..
redha dengan apa yang kita miliki..
bila ada redha.. kita akan lebih mudah menerima dan memaafkan..

tapi kalau ada yang dah melampau sangat tu... redha tu macam tak kena pulak kann?? haha

ambik dari segi yang positif beb..
kita tau kat mana kita perlu mengalah..
kat mana perlu tegas.. kat mana perlu menerima..
sebab apa kita tau?? kita lebih kenal diri kita..
jangan sampai benda kecik bagi besaq pastu sendiri sakit jiwa..alahaii..

kadang nak pertahankan sangat ego tu, perasan tak jauh dalam hati kecik cakap "sudahla.."

PEACE! ;)

P/S : tak mendongak untuk berbangga.. tak menunduk untuk mengalah.. kita cuma hamba.. ^^









Comments

Popular posts from this blog

what's your intention?

as salam.. mata, lihat kebenaran yang ada.. hati, sedar mana arah tujuannya.. tapi kenapa lidah tak seiring dengan jiwa? bahagia bukan kerana memberi derita.. اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ نَفْسًا بِكَ مُطْمَئِنَّةً، تُؤْمِنُ بِلِقَائِكَ، وَتَرْضَى بِقَضَائِكَ، وَتَقْنَعُ بِعَطَائِكَ Allohumma Inni As Aluka Nafsaan Bika Muthma-Innah, Tu’minu Biliqoo-Ika Watardhoo Bi Qodhooika Wataqna’u Bi’athooika Ya Allah, aku memohon kepada-Mu jiwa yang merasa tenang kepadaMu, yang yakin akan bertemu denganMu, yang ridha dengan ketetapanMu, dan yang merasa cukup dengan pemberianMu.

Mr S Birthday !

20 December 2017 rojak language in the house.. As salam.. hyep! taip dalam ni supaya tahun depan boleh ulang baca..;) jadi mak mak ni mana la sempat nak ber'diary' bagai.. kalau sempat taip kat tempat keja tu kira nasib lah.. haha memory pun tak lah sehebat dulu.. sat sat lupa.. adoisss tapi ada benda kalau aku ingat tu aku ingat la.. contoh kalau insan terpilih bagi luka hati aku..kahkahkah tapi kan.. tak dak pulak lah sakit hati aku ni bagi masalah dalam kehidupan aku.. kalau kita rasa hati kita "bengkak" sangat tu sampai benci tak boleh nak tengok muka orang lain ada masalah lah tu dengan penerimaan kehidupan normal kita.. muhasabah balik hati..aku selalu buat, tanya diri sendiri..apa hang nak dalam hidup ni.. apa hang cari?? tak suka ke nak rasa bahagia?? nak benci kita pilih..nak maafkan kita jugak pilih.. nak hidup ikut jalan yg Allah redhai pun kita yg pilih.. jawab la sendiri.. dah sebab kita sendiri yang mencipta alasan itu ka...

crowded

Assalamualaikum.. Dear Heart.. Tiba-tiba rasa nak godek balik cerita zaman dulukala yang ada dalam blog comot ni.. Nak termuntah berpinaq mata pon ada  baca ayat2 masa zaman budak baru nak UP.. "jew taw law"..  depa kata biaq p la.. tu dulu punya cerita.. semua orang ada masa silam..haha  Alhamdulillah.. Yang dulu.. dah berlalu.. kenangan.. selagi tak hilang ingatan selagi itu dok ada.. In Sha Allah..kehidupan yang kita lalui sekarang ini realiti.. kita pilih jalan ini dan sudah tentu dengan IzinNYA.. kadang berat ja rasa nk melangkah tapi aku sedar aku bukan keseorangan.. Ada suami yang mampu melengkapkan hidup aku.. suami yang sentiasa ada untuk aku.. ada anak2 Aqil Rayyan, Aqif Rayyan & Aqib Rayyan yang sungguh-sungguh menyayangi aku...  aku tak mau takbur dengan kurniaanNYA yang terlalu indah..walau kadang emosi sendiri sukar sungguh ditelah. Sabar duhai hati.. kerana isteri dan ibu bukan jawatan yang mudah untuk dimiliki. bilamana kita dipilih untuk ...